• Bertemankan orang-orang yang soleh dan orang yang selalu optimis akan membantu meringankan kesulitan-kesulitan yang kita hadapi,dan membukakan pintu harapan. Bertemankan orang yang selalu putus harapan akan membuat dunia kita terasa kelam.
  • Siapa yang redha dengan Allah sebagai tuhan,Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai rasul,maka itu adalah hak allah meredhainya.Ini merupakan rukun redha.
    Get your own Chat Box! Go Large!

Selasa, 9 Jun 2009

Makanan punca diri kita Terumbang Ambing


Makanan itu adalah rezeki allah yang tidak terhingga. Allah S.W.T tidak pernah berkira dalam menurunkan rezeki pada hambanya yang selalu berbuat amal soleh terhadapnya. Manusia jugak tidak berkira dalam untuk menjamah semua rezeki asalkannya dapat mengeyangkan perut sendiri. Tidak kira halal & haram. Tidak kira syubhah atau tidak. Tidak mengira siapa yang memasaknya dan lain-lain lagi. Perkara yang dianggap remeh inilah sebenarnya menjadi punca utama mengapa diri kita selalu tercebak dalam kencah kemaksiatan..

Sumber pendapatan yang diperoleh jugak tidak terkecuali dalam hal ini.. Dari mana punca rezeki itu..?? Adakah ianya dari sumber pendapatan halal atau sebaliknya.. Ini yang menjadi persoalan..


Apabila kita membeli makanan atau minuman dari rezeki yang haram, ingatlah bahawa sari inti pati makanan yang haram tersebut akan bertukar menjadi darah kita pula. Dalam masa 40 hari, darah yang haram itu akan menggantikan darah yang suci(bersih) itu. Apabila darah yang haram itu bersaiz walaupun dengan sebesar zarah,bercampur dengan darah yang suci, jantung tetap akan mengepamnya ke seluruh tubuh badan kita. Setibanya darah yang kotor itu ke jantung, orang tersebut akan mendapat penyakit was-was atau syak wasangka. Dan bila ianya samapai ke mulut,orang itu akan mendapat penyakit suka mencaci,maki hamun,berdusta,mengumpat dan berkata perkara-perkara maksiat. Apabila ianya sampai pada mata,orang itu akan suka pada pandangan kemaksiatan. Bila ianya sampai pada telinga,orang itu akan suka mendengar akan aib orang lain dan sebainya lagi. Dan yang terakhir,apabila ianya jatuh ke kaki,dia suka berjalan di tempat-tempat maksiat. Begitulah rantai perjalanan darah tersebut.. Fikirkanlah terhadap diri kita............. Untuk pengetahuan juga, wang yang datang dari sumber pendapatan haram apabila kita membeli barangan dalam rumahtangga , hidup dalam rumahtangga akan menjadi kacau bilau,selalu berlaku berantakan,tiada kedamaian di dalam rumahtangga. Renungkanlah..


Pekerjaan sebagai tukang masak jangan dianggap remeh. Kerana, apabila seorang mukmin makan atau minum dari masakan tersebut,ianya akan menjadi HARAM.. APABILA si tukang masak tersebut tidak bersolat.. Ini berasaskan dari Hadith rasulullah S.AW.


'Di zaman para sahabat,ada seorang hamba allah yang soleh mempunyai seorang anak. Kemudian anaknya sakit dan penyakitnya cukup tenat. Setelah diubati oleh ramai tabib,namun penyakitnya juga tidak sembuh. Sehingga pada suatu malam orang tua itu bersolat istikharah. Selesai solat,lelaki itu berdoa kepada allah. "Ya allah,Ya allah,Ya rabbi, seandainya anak aku ini baik baginya untuk mati,maka ambillah Ya allah,aku redha dan ikhlas. Namun apabila baik baginya untuk hidup,sihat dan sembuhkannya Ya Allah dari penyakitnya. Bila si anakku sihat dan sembuh dari penyakitnya,aku bernazar akan meminum darah anjing hitam dan akan mandi dengan air kencing anjing hitam. Alhamdulillah. Dengan berkat doanya itu,anaknya sihat dari penyakitnya. Namun,dia tidak sanggup membayar nazarnya. Kemudian dia datang kepada rasulullah dan bertanya kepada baginda. Baginda memerintahkan agar dia mencari rumah seorang yang mengaku beragama islam,namun tidak pernah bersolah. Apabila hari hujan,tampunglah air cucuran atapnya. Kemudian minum dan mandilah dengan air itu,ianya melebihi darah dan kencing anjing hitam'


Dahsyat kan..?? lihatlah.. bertapa hina nya mereka yang tidak menunaikan solat ni.


Oleh sebab itu,marilah kita menjadikannya sebagai iktibar daripada peristiwa tersebut. Supaya,kita semua orang mukmin berjaga-jaga dari hal makanan dan minuman yang diharamkan bagi kita sebagai umat islam..


~wallahhua'lam~


Modified by Blogger Tutorial

~naim mukhlis~ ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP