• Bertemankan orang-orang yang soleh dan orang yang selalu optimis akan membantu meringankan kesulitan-kesulitan yang kita hadapi,dan membukakan pintu harapan. Bertemankan orang yang selalu putus harapan akan membuat dunia kita terasa kelam.
  • Siapa yang redha dengan Allah sebagai tuhan,Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai rasul,maka itu adalah hak allah meredhainya.Ini merupakan rukun redha.
    Get your own Chat Box! Go Large!

Sabtu, 30 Januari 2010

Revolusi kini bermula...

Perjuangan kali ini bermula.Bahuku kini dihempap padat oleh amanat yang semakin memberat.Hanya a'za wajalla yang mengetahui sisipan perjuangan ini.Pada awalnya perjuangan ini,diriku sudah mula diuji oleh manusia-manusia yang korupsi tidak memahami ayat alfurqani yang disampaikan.Mengapa.?mungkin tidak lain dan tidak bukan kerana tohornya ilmu dalam feqeh agama.

Aku diberi mandat oleh pihak pentadbiran BADAR untuk memegang jawatan sebagai naqib.Menggantikan sahabatku yang menyambung pelajaran ke wilayah lain.Pada mulanya,aku terasa beban untuk memikul amanat menjadi khalifah ini.Bukan kerna apa.Tetapi minda asyik selalu teringatkan akan hancurnya bukit bukau tatakala allah memberikan mandat kepada mereka untuk menjadi khalifah.Dan makhluk lain menolak sekerasnya untuk menjawat jawatan tersebut.Tetapi,'haiwan' yang dipanggil insan ini dengan bangga dan berpusu-pusu menerima amanat itu dari a'za wajalla.Seolah,jawatan sebagai khalifah di atas muka bumi ini merupakan mainan di dunia nanti.

Aku terima. setelah istikhorah dilaksanakan,memohon petunjuk dari rabbul jalil.Aku sahut perjuangn ini.Berpegang teguh dengan ayat allah

"intansurullahha yansurukum"

Aku menjadi lebih bersemangat.Aku cuba untuk membawa manhaj yang sebenar dalam perjuangan ini.Manhaj dimana yang mentauhidkan allah s.w.t.Setelah keredhaan kedua ibubapa ku pohon,aku melangkah dengan darah syahid yang mengalir deras dalam tubuhku ini.Aku tahu,jika ajal menemuiku ketika perjuangan ini berlangsung,syahid menantiku.Ainul mardhiyah akan menyambut kepulanganku di firdausi sana.

Dan untuk tatapan pembaca,kalimat "kekalahan" inilah yang menjadi racun berbisa dalm siri perjuangan dakwah.Kekalahan yang dimaksudkan disini meliputi banyak aspek.Dan kalimat inilah yang paling tepat untuk menggambarkan keadaan umat islam ketika ini.Nyaris di setiap sudut bumi,umat islam ditindas sekerasnya.Walaupun tidak boleh disamakan dengan setara,tetapi situasi ini persis keadaan umat islam pasca perang uhud.Lantaran itu,perang uhud inilah yang paling meninggalkan garis luka yang mendalam terhadap rasulullah berbanding peperangan-peperangan yang lain.Peperangan uhud ini bukan sahaja meninggalkan kenangan getir yang pahit,bahkan penyesalan yang menyentak rasa.

Dalam pada itu,janganlah mudah untuk kita lari dalam perjuangan dakwah ini.Ini kerana,rahmat allah senentiasa mencurah kepada para pendae'inya.

Jumaat, 15 Januari 2010

perjuangan yang belum selesai

Penat lalah dalam menempuh perjuagan selama hampir 3 bulan itu nampaknya tidak berintiha di sini saja..Kini,seruan itu memangil saya semula.By hook or by crook,seruan ini mesti disambut dengan hati yang sangat terbuka. DR.Shukri didalam cerahmanya selalu mengingatkan agar setiap masalah atau perkara yang membawa kepada sesuatu kebaikan,mesti di disambut dengan hati yang rela.Kerana apa? kerana ini yang akan menguji sejauh mana ketenangan seorang insan dalam menghadapi permasahalaan.

Berbalik kepada maudu' asal,kini saya terpanggil semula untuk meneruskan sedikit lagi sisa baki perjuangan pada peringkat ini,sebelum saya dapat meneruskan untuk melangkah ke peringkat perjuangan dakwah yang sebenar. Hala tuju untuk seterusnya adalah ke negeri Perlis Darus Sunnah.


PERLIS DARUS SUNNAH


Biarpun di mana saya berada,itu tidak mustahil.tetapi yang pentingnya,madhlul yang terkandung dalam intipati perjuagan ini.Mungkin pada suatu hari nanti,suatu revolusi baru yang akan tebit dari celah2 perjuagan ini.siapa tahu.? Tunggulah!!!

Modified by Blogger Tutorial

~naim mukhlis~ ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP