• Bertemankan orang-orang yang soleh dan orang yang selalu optimis akan membantu meringankan kesulitan-kesulitan yang kita hadapi,dan membukakan pintu harapan. Bertemankan orang yang selalu putus harapan akan membuat dunia kita terasa kelam.
  • Siapa yang redha dengan Allah sebagai tuhan,Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai rasul,maka itu adalah hak allah meredhainya.Ini merupakan rukun redha.
    Get your own Chat Box! Go Large!

Jumaat, 12 Februari 2010

February..Bulan berbunga..



Cinta merupakan uslub penting dalam diri manusia normal.Manusia mana yang tidak ingin dicintai.Hatta binatang sekalipun terbit juga perasaan itu.Sesungguhnya perasaan itu telah allah campakkan dalm sanubari manusia.Allah berfirman dalam kalamnya yang mulia.




"wakholaqnakum azwaja"


sesungguhnya aku ciptakan manusia itu berpasang-pasangan.




jadi,jelas la disini bahawa 'haiwan' yang dinamakan manusia ini telah allah tetapkan pasangan mereka masing-masing.Jadi mana timbulnya perasaan untuk berpasang-pasangan.??wajibnya,perasaan cintalah yang membuatkan manusia ingin untuk hidup secara berpasangan.Masaik-nya sekarang ini,perasaan itu disalah gunakannya.Perasaan itu diadaptasi dalam untuk memuaskan nafsu masing-masing.Lazimnya pada era globalisasi sekarang,dustalah jika perasaan untuk melempiaskan nafsu tiada dalam hati pasangan masing-masing.Hanya satu cinta saja yang boleh menewaskan semua madhlul-madhlul cinta nafsu.cinta apa?fikir-fikirkanlah..




Bulan februari ini menjanji saksi benar keatas lafaz-lafaz cinta basi.Bulan ini terkenal dengan dengan hari memperingati kekasih.Dalam kajian realistik yang telah saya lakukan,sejarah hari kekasih ini boleh diambil intipatinya.Dalam untuk men'flated'kan sejarahnya,saya banyak menggunakan ayat-ayat baku indonesia kerana banyak ritual yang saya lakukan,bahannya dari pada sana.




SEJARAH.............


Hari Valentine ( Valentine's Day), pada tanggal 14 februari adalah sebuah hari di mana para kekasih dan mereka yang sedang jatuh cinta menyatakan cintanya di Dunia barat. Asal-usulnya yang gelap sebagai sebuah hari raya Katolik Roma didiskusikan di artikel Santo Valentinus. Beberapa pembaca mungkin ingin membaca entri valentinus pula. Hari raya ini tidak mungkin diasosiasikan dengan cinta yang romantis sebelum akhir Abad Pertengahan ketika konsep-sebegini diciptakan.



"Hari raya ini" sekarang terutama diasosiasikan dengan para pencinta yang saling bertukaran notisi-notisi dalam bentuk "valentines". Simbol modern Valentine antara lain termasuk sebuah kartun berbentuk hati dan gambar sebuah Cupido (Inggris: cupid) bersayap. Mulai abad ke 19, tradisi penulisan notis pernyataan cinta mengawali produksi kartun ucapan secara massal. The Greeting Card Association ( Kartun Ucapan AS) mengatakan bahawa di seluruh dunia sekitar satu milion kartun valentine dikirimkan setiap tahun. Hal ini membuat hari raya ini merupakan hari raya terbesar kedua setelah natal di mana kartu-kartu ucapan dikirimkan. Asosiasi yang sama ini juga mengatakan bahwa para wanitalah yang membeli kurang lebih 85% dari semua kartun valentine.



Di Amerika Syarikat mulai pada separuh kedua abad ke-20, tradisi bertukaran kartun diperluas dan termasuk pula pemberian segala macam hadiah, biasanya oleh lelaki kepada wanita. Hadiah-hadiah selalunya berupa bunga mawar dan cokelat. Mulai tahun 1980-an, industri berlian mulai mempromosikan hari Valentine sebagai sebuah kesempatan untuk memberikan perhiasan.



Sebuah "kencan" pada hari Valentine seringkali dianggap bahawa pasangan yang sedang kencan terlibat dalam sebuah relasi serius. Sebenarnya valentine itu Merupakan hari Percintaan, bukan hanya kepada Pacar ataupun kekasih, Valentine merupakan hari terbesar dalam soal Percintaan dan bukan bererti selain valentine tidak merasakan cinta.



Di Amerika Serikat hari raya ini lalu diasosiasikan dengan ucapan umum cinta platonik "Happy Valentine's", yang boleh diucapkan oleh 'boyfriend kepada teman wanita mereka, ataupun, teman pria kepada teman prianya dan teman wanita kepada teman wanitanya. Sementara sebahagian orang menganggap hari Valentine sebagai momen yang paling sulit, penuh tekanan sekaligus 'dangkal' karena semakin panjang tempoh sebuah hubungan cinta, semakin besar tekanan yang pasangan itu alami kerana menipisnya idea-idea orisinal.
















Sabtu, 30 Januari 2010

Revolusi kini bermula...

Perjuangan kali ini bermula.Bahuku kini dihempap padat oleh amanat yang semakin memberat.Hanya a'za wajalla yang mengetahui sisipan perjuangan ini.Pada awalnya perjuangan ini,diriku sudah mula diuji oleh manusia-manusia yang korupsi tidak memahami ayat alfurqani yang disampaikan.Mengapa.?mungkin tidak lain dan tidak bukan kerana tohornya ilmu dalam feqeh agama.

Aku diberi mandat oleh pihak pentadbiran BADAR untuk memegang jawatan sebagai naqib.Menggantikan sahabatku yang menyambung pelajaran ke wilayah lain.Pada mulanya,aku terasa beban untuk memikul amanat menjadi khalifah ini.Bukan kerna apa.Tetapi minda asyik selalu teringatkan akan hancurnya bukit bukau tatakala allah memberikan mandat kepada mereka untuk menjadi khalifah.Dan makhluk lain menolak sekerasnya untuk menjawat jawatan tersebut.Tetapi,'haiwan' yang dipanggil insan ini dengan bangga dan berpusu-pusu menerima amanat itu dari a'za wajalla.Seolah,jawatan sebagai khalifah di atas muka bumi ini merupakan mainan di dunia nanti.

Aku terima. setelah istikhorah dilaksanakan,memohon petunjuk dari rabbul jalil.Aku sahut perjuangn ini.Berpegang teguh dengan ayat allah

"intansurullahha yansurukum"

Aku menjadi lebih bersemangat.Aku cuba untuk membawa manhaj yang sebenar dalam perjuangan ini.Manhaj dimana yang mentauhidkan allah s.w.t.Setelah keredhaan kedua ibubapa ku pohon,aku melangkah dengan darah syahid yang mengalir deras dalam tubuhku ini.Aku tahu,jika ajal menemuiku ketika perjuangan ini berlangsung,syahid menantiku.Ainul mardhiyah akan menyambut kepulanganku di firdausi sana.

Dan untuk tatapan pembaca,kalimat "kekalahan" inilah yang menjadi racun berbisa dalm siri perjuangan dakwah.Kekalahan yang dimaksudkan disini meliputi banyak aspek.Dan kalimat inilah yang paling tepat untuk menggambarkan keadaan umat islam ketika ini.Nyaris di setiap sudut bumi,umat islam ditindas sekerasnya.Walaupun tidak boleh disamakan dengan setara,tetapi situasi ini persis keadaan umat islam pasca perang uhud.Lantaran itu,perang uhud inilah yang paling meninggalkan garis luka yang mendalam terhadap rasulullah berbanding peperangan-peperangan yang lain.Peperangan uhud ini bukan sahaja meninggalkan kenangan getir yang pahit,bahkan penyesalan yang menyentak rasa.

Dalam pada itu,janganlah mudah untuk kita lari dalam perjuangan dakwah ini.Ini kerana,rahmat allah senentiasa mencurah kepada para pendae'inya.

Jumaat, 15 Januari 2010

perjuangan yang belum selesai

Penat lalah dalam menempuh perjuagan selama hampir 3 bulan itu nampaknya tidak berintiha di sini saja..Kini,seruan itu memangil saya semula.By hook or by crook,seruan ini mesti disambut dengan hati yang sangat terbuka. DR.Shukri didalam cerahmanya selalu mengingatkan agar setiap masalah atau perkara yang membawa kepada sesuatu kebaikan,mesti di disambut dengan hati yang rela.Kerana apa? kerana ini yang akan menguji sejauh mana ketenangan seorang insan dalam menghadapi permasahalaan.

Berbalik kepada maudu' asal,kini saya terpanggil semula untuk meneruskan sedikit lagi sisa baki perjuangan pada peringkat ini,sebelum saya dapat meneruskan untuk melangkah ke peringkat perjuangan dakwah yang sebenar. Hala tuju untuk seterusnya adalah ke negeri Perlis Darus Sunnah.


PERLIS DARUS SUNNAH


Biarpun di mana saya berada,itu tidak mustahil.tetapi yang pentingnya,madhlul yang terkandung dalam intipati perjuagan ini.Mungkin pada suatu hari nanti,suatu revolusi baru yang akan tebit dari celah2 perjuagan ini.siapa tahu.? Tunggulah!!!

Isnin, 14 Disember 2009

AHLAN wASAHLAN!!!!



Selasa, 24 November 2009

rahsia disebalik TARIKH kelahiranku.

Org yg mempunyai tarikh lahir 02/06/1994
Anda sangat peka dan tradisional. Anda sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Anda hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya Anda lakukan. Anda suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Anda mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Anda berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
ORANG YanG LAHIR PaDA BuLAN.....JUN
Berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap,perangaiidea @mood, idea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati,mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan,sikap terlalu memilih & cerewet,kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, mudah menjadi eksekutif, suka kepada barang yang berjenama, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.
*kajian oleh doktor fadilah kamsah.....bukan rekaan......

Ahad, 22 November 2009

Kehidupan yang sempurna


Kehidupan yang sempurna itu adalah ketika anda di masa muda mencurahkan seluruh waktu anda untuk keinginan-keinginan anda..

Ketika di masa dewasa mencurahkan seluruh waktu anda untuk berjuang,

dan ketika anda di masa tua mencurahkan seluruh waktu anda untuk merenung.

Jumaat, 20 November 2009

Singa mesir !!!.. 'AMR BIN 'ASH

sebelum berbicara lebih lanjut mengenai seorang sahabat rasulullah yang menjadi pembebas mesir dari cengkaman romawi,eloklah kita mengetahui serba sedikit mengenai bumi anbia ini terlebih dahulu..

Republik Arab Mesir, lebih dikenal sebagai Mesir, (bahasa arabnya: مصر) adalah sebuah negara yang sebahagian besar wilayahnya terletak di Afrika bahagian timur laut.

Dengan luas wilayah sekitar 997.739 km² Mesir mencakup Semenanjung sinai (dianggap sebagai bagian dari Asia Barat Daya), sedangkan sebagian besar wilayahnya terletak di Afrika Utara. Mesir berbatasan dengan Libya di sebelah barat, Sudan di selatan, jalur Gaza dan Israel di utara-timur. Perbatasannya dengan perairan ialah melalui Laut Tengah di utara dan Laut Merah di timur.

Majoriti penduduk Mesir menetap di pinggir Sungai Nil (sekitar 40.000 km²). Sebagian besar daratan merupakan bagian dari gurun sahara yang jarang dihuni.

Mesir terkenal dengan peradaban kuno dan beberapa monumen kuno termegah di dunia, misalnya Piramid Giza, Kuil Karnak dan Lembah Raja serta Kuil Ramses. Di Luxor, sebuah kota di wilayah selatan, terdapat kira-kira artefak kuno yang mencakup sekitar 65% artefak kuno di seluruh dunia. Kini, Mesir diakui secara luas sebagai pusat budaya dan politikal utama di wilayah Arab dan Timur Tengah.


Mesir berbentuk republik sejak 18 jun 1983. Mesir adalah negara pertama yang mengakui kedaulatan Indonesia. Mohamed Hosni Mubarak telah menjawat jawatan sebagai Presiden Mesir selama lima periode, sejak 14 oktober 1941 setelah pembunuhan Presiden Mohamed Anwar-El Sadat. Selain itu, ia juga pemimpin Parti Demokrat Nasional.Perdana Menteri Mesir, Dr.Ahmed Nazif dilantik pada 9 july 2004 untuk menggantikan Dr. Atief Ebied.

Kekuasaan di Mesir diatur dengan sistem semipresidensial Multiparti. Secara teoritis, kekuasaan eksekutif dibagi antara presiden dan perdana menteri namun dalam praktiknya kekuasaan terpusat pada presiden, yang selama ini dipilih dalam pemilu dengan calon tunggal. Mesir juga mengadakan pemilu parlemen multipartai.

Pada akhir Februari 2005, Presiden Mubarak mengumumkan perubahan aturan pemilihan presiden menuju ke pemilu 'multicandidate'. Untuk pertama kalinya sejak 1952, rakyat Mesir mendapat kesempatan untuk memilih pemimpin dari daftar berbagai calon. Namun, aturan yang baru juga menerapkan berbagai batasan sehingga berbagai tokoh, seperti Ayman Nour, tidak dapat bersaing dalam pemilihan dan Mubarak pun kembali menang dalam pemilu.

Penerangan di atas hanya sebagai maklumat tambahan untuk pembaca dalam untuk mengenal lebih lanjut mengenai bumi mesir yang terkenal dengan sejarah peradaban kuno ini.

insyaallah pada kali ini,saya ingin membawa pembaca menyelami peribadi seorang lagi sahabat rasulullah yang sangat berjasa terhadap sebuah negara islam dalam mengembalikan semula kedaulatannya sebagai negara islam.Mesir. Sahabat yang dimaksudkan adalah 'AMR BIN 'ASH.

'amr bin 'ash sebelum memeluk islam adalah daripada tiga orang gembong yang banyak menyusahkan baginda rasulullah saw kerana mereka inilah yang banyak menberi tekanan kepada dakwah baginda dan banyak memberi penyiksaan kepada sahabat2 baginda.Sehingga sampai ke suatu tahap,rasulullah selalu berdoa agar allah swt menurunkan azab kepada mereka.Tetapi,ketika doa sedang diminta,turunlah wahyu ke atas kalbu baginda berupa ayat yang mulia ini:-

"tak ada sesuatu pun kekuasaan mu mengenai urusan itu.apakah ia akan menerima taubat mereka atau akan menyiksa mereka,sesungghnya mereka itu adalah orang-orang yang teraniaya....!"

(ali imran:128)

Rasulullah seorang yang bersifat 'fathonah'. Baginda memahami apa yang cuba disampaikan oleh rabbul izzati itu.Baginda memahami bahawa maksud ayat itu agar menyuruh baginda berhenti berdoa untuk kecelakaan mereka bertiga itu dan menyerahkan semua urusan mereka kepada allah semata-mata. Ianya kemungkinan,mereka ini tetap berada di jalan yang dilaknat dan akan menerima azabNYA. Atau mereka menerima hidayah allah dan bertaubat nasuha,dan allah menerima taubat mereka itu hingga mereka memperoleh rahmat karunia-Nya.

Hidayah keinsafan akhirnya mula singgah dalam sanubari 'Amr bin 'ash'.Allah swt telah memilih beliau kerana allah swt telah mengetahui bahawa dia inilah yang akan menjadi singa di bumi mesir nanti.'Amy bin 'ash pun akhirnya beralih rupa menjadi seorang pejuang muslim,dan salah seorang panglima yang gagah berani.Dari manapun asal usulnya,agama dianuti sebelum ini,itu tidak menjadi persoalan.Dan yang pastinya,beliau adalah seorang sahabat yang mulia,yang telah banyak membuat jasa,berjuang dan berusaha,yang selalu membuka mata dan hati diri kita tehadap dirinya.

Para muarrikh atau ahli-ahli sejarah biasanya menggelari 'Amr dengan "Penakhluk Mesir".Tetapi,gelaran ini sebenarnya tidak cocok untuk seorang pembebas seperti beliau.Mungkin gelaran yang paling tepat untuk 'Amr ialah "Pembebas Mesir".

Islam membuka negera itu bukanlah menurut pengertian yang lazim digunakan pada era globalisasi ini,tetapi ianya tidak lain hanya untuk membebaskan mesir dari dua kerajaan besar yang menimpa kepada negara ini serta rakyatnya.Ini kerana,kekejaman,penindasan yang dahsyat,banyak terjadi pada pemerintahan dua empayar besar ini. Empayar tersebut ialah empayar persi dan romawi.

'Amr bin 'ash pernah mengungkapkan ayat-ayat hikamh beliau ketika beliau berbicara bersama pemuka-pemuka golongan nasrani dan uskup-uskup besar mereka ketika golongan ini sedang mencari addin yang memberikan haq yang sebenarnya kepada mereka.

"Sesungguhnya allah swt telah mengutus muhammad saw membawa kebenaran dan menitahkan kebenaran itu.Dan sesungghnya dia(muhammad)telah menunaikan tugas risalahnya dan akan berpulang setelah meninggalkan kami di jalan yang terang benderang.Dan di antara perintahnya yang di sampaikan kepada kami ialah memberikan kemudahan kepada manusia.Maka kami menyeru kalian kepada islam............ Barangsiapa yang memenuhi seruan kami,beroleh haq seperti haq-haq kami dam memikul kewajipan seperti kewajipan-kewajipan kami... Dan barangsiapa yang tidak memenuhi seruan kami itu,kami tawakan membayar pajak.dan kami berikan kepadanya keamanan dan perlindungan.Dan sesungguhnya nabi telah memberitahu kami bahawa mesir adalah tanggungjawab kami untuk membebaskannnya dari penjajah,dan di wasiatkan kepada kami agar berlaku baik terhadapnya.sabdanya:-(Sepeninggalanku nanti,mesir adalah kewajipan kalian untuk membebaskannya,maka perlakukanlah penduduknya dengan baik,kerana mereka masih mempunyai ikatan dan hubungan kekeluargaan dengan kita.)al-hadis. Maka,jika kalian memenuhi seruan kami ini,hubungan kia bertambah kuat dan erat.

Percakapan ini meruapakan introduction yang terbaik untuk capainya saling pengertian yang diharapkan antara 'amr dan orang kopti penduduk mesir walau panglima-panglima romawi beusaha menggagalkannya..

(bersambung.........)

Modified by Blogger Tutorial

~naim mukhlis~ ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP